Aku dan Green Tea - 2KG Weight Loss


Assalamualaikum. OLLA!

harini aku nak cerita pasal green tea.
Korang tau kan green tea apa?
kalau tak tau meh nak cerita sikit.

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari NegaraChina dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Antara manfaat minum teh hijau ialah:
  • Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

  • Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

  • Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

  • Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

  • Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

  • Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

  • Mencegah penyakit gigi-Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
  • Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

  • Menurunkan tekanan darah- Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
 aku kidnap dari usahawan.com

okay dah paham?

so aku nak cerita betapa bagusnya green tea. actually aku memang peminum green tea yang tegar, siapa kenal aku memang tau yang aku wajib minum green tea perisa lemon yg lipton punya tu.. tak tau yang mana? jap cari gambar.

tapi yang ni design lama
aku minum lipton yang tu la, acah-acah nak kurus ngan detox la kononnya huhu...pastu aku tengok berat aku masih tak nak turun, so aku pun beli la green tea sachet  jenama boh. ni sebab kat kuantan ni, lipton macam tak berapa nak femes sikit huh sedangkan setakat pergi tunas manja, memang sah-sahla tak ada jenama lipton woi huhu..kalau gi carrefour ke giant ke, ada laaa...abaikan aku yang pemalas ni. kotak dia macam ni
aku minum yang ni sekarang

aku dah minum 3 hari. Can you believe it? aku cekal minum green tea ni tanpa gula. Pergh salute sama diri sendiri. rasa pahit dia? tak payah cakap la. kakak aku pun tak tahan huhu..tapi aku usaha jugak. minum and minum. 3 hari aku minum, berat aku dah LOSS 2kg! Kau pikir? 2 KG tuuu! Banyak kan? aku pun tak percaya. baru tiga hari minum dah macam ni. memang superb la. tapi makan kena la jaga jugak.

aku punya menu hari-hari macam ni (versi penganggur kehormat)

pagi: fitnesse 40g + susu low fat 125ml
tengah hari: makanan yang akak aku masak untuk breakfast
malam: makanan yang akak aku masak - burger/lasagna/pape ajela dia nak masak.

Gila tak makanan aku? pastu wajib minum green tea sebelum makan pagi dan makan malam..tapi kadang-kadang yang malam tu tak ada la ikut sangat, aku minum sebelum tidur. sapa yang tak boleh minum kafein, jangan tiru style aku sebab aku minum kafein sekalipun, aku tetap tidur nyenyak malam-malam hihi - I peminat coffe bean yang tegar okay, tapi since jadi orang miskin ni, tak mampu nak masuk coffee bean dah.

so itu ajela aku nak cerita, aku minum green tea boleh loss 2kg tanpa rough exercise. syukur jugakla. aku duk layan budak kecik nama mika aje setiap hari huhu. exercise jugakla kan, teman dia main??? hehe

mika nyebok nak tgk pc gak

tapi aku cadangkan, korang exercise la jugak sikit-sikit, banyakkan berjalan. mana tau boleh loss dari aku lebih banyak kan? every inch n kgs loss are the ultimate dream of a girl. okla, mika kacau dah aku. salute, bye!