Hidup Perlu Bahagia!

3:55 PM Unknown 1 Comments


Assalamualaikum. Hi all.

Second entry of the year. wah, fiza makin rajin update blog. cenggitu haaaaa. actually tak de apa yang nak cerita sangat. just nak bagitahu, hidup ni mesti dan perlu bahagia!

MOTIF? aku paham napa mesti aku upload pasal topik ni kali ni kan? pada aku, kalau kita tak bahagia, macam mana nak harungi kehidupan ye kan? aku sekarang memang jujur aku cakap aku tengah melalui beberapa bitter phase in life. eh orang putih pulak cakap minah biol ni. sila abaikan okay. ya, aku sedang mengalami fasa-fasa pahit dalam hidup aku. tapi pada aku semua tu adalah satu pengorbanan. tak apala. mula-mula sebab aku habis belajar, terus hidup aku terumbang ambing. lawak kan. i got such a big family but hidup terumbang ambing. well, family matters dont always shining like a lightning in the cloud wooohooooo.... <--- abaikan cerita tak best ni. hoho

Hidup perlu bahagia. aku admit benda ni. aku cuba untuk applykan kebahagiaan dalam hidup aku. yes, starting now aku nak berubah to a better person. kebahagiaan itu subjektif. betul tak? atas orang nak define kebahagiaan tu macam mana. pada aku, kebahagiaan tu adalah kehidupan aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku sayang, dan juga pendekatan diri aku dengan Allah. aku bukan manusia sempurna. solat pun tunggang langgang. yes, aku malu dengan certain orang yang boleh cukup solat dia. aku? mak aih, tapi aku yakin aku boleh slow-slow ke arah tu. sebab prinsip aku, jangan berubah terlampau drastik. nanti semua benda tu tak ke mana. yang tu memang prinsip aku. almaklumlah, banyak kali nak buat something, last-last tak menjadi. haru kejap hidup aku.

kebahagiaan pada aku adalah satu definisi yang sukar untuk aku ungkap. aku tahu, akak aku risau sebab aku jarang meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. yes, aku memang jenis pendam. ada problem? haha. aku pendam apa yang aku tak suka, apa yang aku rasa tak kena. unless ko bff aku, konfem kena kaw-kaw punya la. mek yam sokmo dah haha. tapi, untuk diri aku sendiri, aku banyak pendam perasaan aku. susah aku nak ceritakan pada orang. hidup aku tak indah mana pun. orang nampak, fiza happy go lucky kot! Happy aje dia! sentiasa ceria. macam orang tak de masalah. yes, aku tau itu yang separuh orang nampak kat aku, but dearies, i am having big burden on my shoulders right now. and it does not mean i need to show it to you guys. Bahagia! aku bahagia dengan cara aku. aku bahagia dengan kehidupan aku. aku bahagia dengan segala yang ada dan aku terima sekarang. masalah bukan satu halangan untuk aku rasa bahagia.

aku just nak cakap, walau engkau hidup penuh dengan masalah sekalipun, cubalah hidup dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan. sebab aku berani jamin, bahagia itu boleh kurangkan kesedihan yang sedang kau orang alami. another useless wording zero pictures of blog post. sorry. tak ada gambar yang cantik yang boleh define meaningless post nih hiks.


ps: aim nak turun 20kg for my weight, no! 30kg hahaha...ntah boleh buat ntah tidak. diet atkin + exercise + larome + mz slimming shape hahaha..kalau aku cantik tetiba, sila jamngan pelik. serakang kena health conscious daaaaaaaa..

bye

1 comment:

  1. titanium banger – The world's first video game
    and more, bringing you the best titanium charge free, high quality video games on It's one of titanium easy flux 125 the how strong is titanium best titanium bracelet classic consoles titanium teeth k9 of all time!

    ReplyDelete